Pages

WAKTU SOLAT

Tuesday, 6 October 2015

Kursus organik Jabatan Pertanian Negeri Johor


Kursus organik

AYER HITAM, 17 Ogos - Seramai 26 usahawan dan bakal usahawan diberikan pendedahan dan latihan kepada pertanian secara organik. Peserta dibimbing oleh Puan Hajah Zalipah binti Adman, Penolong Pegawai Pertanian, Pusat Pertanian Ayer Hitam mengenai mikro organisma dan sumber-sumbernya. Peserta juga diberikan taklimat mengenaik penggunaan baja organik, kawalan serangga dan penyakit tanpa penggunaan baja dan bahan-bahan kimia. Lebih menarik lagi, melalui kursus ini, peserta diberi latihan secara 'hands-on' penyediaan baja subur, baja buah dan baja tambahan secara organik. Diakhir kursus peserta berpeluang menanam sayur di atas batas dan mengaplikasikan baja organik terhadap tanaman tersebut.

0 comments:

Post a comment